Assalamualaikum & selamat pagi...:)
Cuti lebaran yang panjang bersambung dengan cuti sekolah sehingga 18hb Ogos 2013 buatkan anak-anak menghabiskan banyak masa di rumah. Banyak pula permintaan pelbagai menu yang terlintas di fikiran mereka ketika cuti begini. Seberapa boleh saya tunaikan permintaan anak-anak kerana yang mereka minta pun yang mudah-mudah sahaja. Lagipun memasak sendiri di rumah untuk anak-anak merupakan kepuasan bagi seorang ibu. Walaupun sibuk dengan kerjaya, saya cuba seimbangkan antara masa makan di luar dengan anak-anak dan masak sendiri di rumah.
Semalam anak saya yang bongsu ada minta di buatkan bihun singapura seperti yang cikgunya sering masak. Mungkin cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang buatkan dia rindukan suasana di tadikanya. Jadi pagi ini saya sediakan 'breakfast' bihun singapura untuk anak-anak. Ada berbagai versi juga bihun singapura ni, dan kali ini saya ambil resepi disini.
Jom Kita lihat resepinya... :)
BIHUN GORENG SINGAPORE
Sumber : sasharahmat
Bahan tumis / dikisar
3 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
3 sudu besar udang kering
BAHAN A - bahan ini bergantung pada jumlah bihun yang di gunakan
squid ball / fish ball - hiris - saya gantikan dengan sotong segar
fish cake -hiris
udang di bersihkan
Bahan B
2 ke 3 biji telur di goreng hancur & ketepikan (saya tak masukkan)
Bahan C
Sawi secukupnya - dibersihkan & dipotong (boleh ditukarkan kepada kucai)
kobis dihiris
lobak merah secukupnya di hiris memanjang (seperti bilah mancis)
Bahan D
garam gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut
BAHAN-BAHAN
1.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, dan masukkan bahan D diikuti dengan bahan A kemudian masukkan bihun masak hingga hingga lembut.
3. Masukkan bahan C & B, dan masak hingga bee hoon kering sedikit dan tutup api.
4. Bihun ini lebih enak jika di hidangkan dengan sambal kicap iaitu kisar kicap manis kipas udang dengan cili padi dan bawang putih yang di goreng terlebih dahulu dan perahkan limau kasturi.
0 comments:
Post a Comment