Friday, 24 October 2014

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG


Ini adalah menu biasa yang di masak oleh ibu.
Rasanya pasti tidak berubah walaupun bertahun kami menikmatinya.
Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya.


  • 5 ekor ikan kembong
  • sebatang serai di ketuk
  • daun kesum setangkai
  • 2 1/2 gelas air
  • garam secukup rasa
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • sedikit belacan


Cara penyediaannya
  • tumbuk bawang merah,cili dan belacan
  • kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai,daun kesum dan air
  • tunggu hingga mendidih dan masukkn garam secukup rasa.
Siap sudah...hidangkan panas-panas bersama nasi.Menu yang mudah untuk hari minggu. 

SARAPAN: RESEPI NASI LEMAK AYAM RENDANG


Resepi nasi lemak ayam rendang untuk sarapan, sedap, mudah dan simple.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 2 cm halia (hiris halus)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (dicarikdan simpul)
  • 2 batang kecil kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam. Kacau rata dan masak di atas api.
  2. Kaedah rice cooker: Tekan butang dan tunggu sehinga masak. Kacau dan tutup kembali periuk.
  3. Kaedah masak atas api: Tanak sehingga mendidih dan sedikit kering.Kemudian perlahankan api dan tutup tudung periuk.
  4. Hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.
  5. Untuk resepi ayam rendang silarujuk di bahagian ayam

Resepi Ayam Kuzi Istimewa


Resepi Ayam Kuzi istimewa, dimasak menggunakan rempah briyani. Resepi asal dari Chef Wan, rasanya memang sangat sedap. Saya memang ikut satu per satu bahan dan langkah yang terdapat dalam resepi cuma bahan mengikut anggaran sendiri. Kalau tak salah, Resepi Ayam Kuzi ni sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Dimakan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada musim perayaan.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk diperap:
  • 1 ekor ayam, potong 12 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit garam
Bahan untuk digoreng:
  • 250 ml minyak masak
  • 15 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
  • 1/2 cawan kismis
  • hati dan pedal ayam, potong kiub
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kuah:
  • 5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
  • 125 ml air
  • 3/4 tin susu cair
  • 120 gram (1 tin kecil) tomato puri
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
  2. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.

TAUHU KUAH PEDAS

TAUHU KUAH PEDAS



Bahannya:
4 keping tauhu (dipotong 4 @ segitiga)
1 batang saderi (dipotong)
2 batang jagung muda (dipotong)
1/2 biji bawang holland (didadu)
2 helai daun limau purut
1 batang serai(dititik)
1/2 kiub stok ayam
serbuk lada sulah secukupnya
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan yang dimesin:
2 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit air

Caranya:
1. Panaskan minyak, masuk serai dan bawang holland. Tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dimesin. Tumis lagi hingga garing dan wangi.
2. Masukkan bahan2 yang lain kecuali jagung muda, renihkan dengan api yang kecil supaya rempah meresap dalam tauhu.
3. Bila dah mendidih, masukkan jagung muda, rasakan masam, garam dan gula, tutup api.
4. Sedap dimakan panas2.

SUMBER RESEPI SAMBAL

Wednesday, 22 October 2014

Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn


Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn 
Sumber :  Rasamalaysia.com

Bahan-bahan
12-15 udang saiz besar
1/4 gajus atau kacang - di panggang
5 tangkai cili kering - gunting 2
1/2 biji bawang besar - belah 4 
1/2 biji capsicum / bell pepper - potong dadu
3 tangkai daun bawang - ambil bahagian putih saja
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 1/2 sudu besar minyak masak

Sos Kung Pao - Satukan dan gaul rata
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar air
beberapa titis minyak bijan
sedikit lada sulah
1/2 sudu kecil cuka hitam
1/2 sudu kecil gula


Cara-cara :
1.  Cuci udang, buang kulit dan tinggalkan sedikit pada bahagian ekornya.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih sebentar.  Masukkan bawang besar, capsicum dan cili kering dan gajus panggang.  Tumis hingga naik bau.
3.  Masukkan udang dan biar separuh masak.  Tuang sos Kung Pao dan kacau hingga sos agak pekat dan udang masak sepenuhnya.
4.  Tutup api dan masukkan potongan daun bawang. 
Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn

Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan
300gm kangkung, bersih dan sejat
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air

Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sm belacan
1 sudu besar udang kering
minyak untuk menumis

Bahan Hiasan
bawang goreng untuk tabur
1 tangkai cili merah di hiris

Cara-cara :
1.  Potong kangkung.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  
2.  Masukkan kangkung, cili hiris, sos tiram, garam dan sedikit air untuk kuah (jika suka).  Gaul rata.
3.  Masak sebentar saja kemudian angkat, tabur dengan bawang goreng dan hidangkan.

*** Jika suka pedas, tambahkan cili merah atau cili padi.

SAMBAL TEMPE GORENG

SAMBAL TEMPE GORENG



BAHAN-BAHANNYA;-

2 keping tempe(dipotong segi 4)
ikan bilis goreng
1 senduk cili kering yg dikisar bersama bawang putih dan bawang merah
2 sudu besar gula
1 labu bawang besar
daun bawang dan daun sup


CARA2NYA;-

goreng tempe hingga garing.
ambil sedikit minyak..panaskan.
tumiskan cili kering hingga hampir kering serta berminyak.
masukkan gula dan garam..
masukkan tempe dan ikan bilis yg digoreng td.
masukkan bawang besar yg dipotong bulat..
masukkan daun bawang dan daun sup...kacau sebentar..
sedia dihidangkan..

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS



Bahan-bahan :

1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
4-6 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
2 batang serai (dititik)
Garam
Gula 


Cara-cara :

Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas.

Monday, 20 October 2014

17 Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin, Normal & Pembedahan


Apa makanan dalam pantang selepas bersalin yang baik dan berkhasiat? Apa resepinya? Apa menunya? Ini yang bermain di fikiran anda bukan?
Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi  pantang selepas bersalin ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
Makanan dalam pantang selepas bersalin bukan makanan yang biasa-biasa. Ia perlukan khasiat untuk menyembuhkan luka-luka semasa bersalin. Selalunya, ramai yang suka berpantang di rumah ibu sendiri. Ini kerana ibu akan menyediakan menu berpantang selepas bersalin untuk anak sendiri. Anak juga boleh bermanja-manja dan minta apa sahaja dari ibu sendiri. Kalau di rumah ibu mertua, mungkin agak terbatas.

Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin

1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
  • Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
  • Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
  • Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
  • Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
Cara-cara:
  • Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
  • Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
  • Tumis semua bahan yang dihiris.
  • Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
  • Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak
Cara-cara:
  • Goreng ikan bilis hingga ranggup
  • Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
  • Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
  • Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara-cara:
  • Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
  • Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
  • Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
  • Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
  • Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
  • Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
  • Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
  • Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
  • Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
  • Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang
Cara-cara:
  • Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
  • Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
  • Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
  • Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
  • Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
  • Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
Cara-cara:
  • Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
  • Panggang ayam
  • Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
  • BahanA:
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
  • Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
  • Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
  • Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
  • Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
  • Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin
Bahan-bahan:
  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  • Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
Bagus Utk Menambah Susu Ibu.
Bahan-bahan:
  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
  • Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Saturday, 11 October 2014

RESEPI LAKSA SARAWAK


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (Boleh guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

SUMBER

HINAVA


Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )

  • Ikan Tenggiri ( Sederhana)
  • 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
  • Sedikit garam, serbuk perasa, Halia


Cara-cara

  1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
  2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
  5. Selamat mencuba masakan dari Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah )

GAMBAR DARI LINK INI 

Resipi Ayam Masak Kurma


Resipi Ayam Masak Kurma, hidangan yang tak asing lagi setiap di kenduri kendara. Hindangan mudah dan sedap, pastikan anda menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendapatkan rasa yang terbaik
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa
Bahan untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

Resepi Sup Ayam Istimewa


Resipi sup ayam istimewa, lebih sedap dari biasa, rempah tidak menggunakan sup bunjut bagi mereka yang mahukan rasa sup asli. Sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa mahupun bersahur, boleh jugak digantikan dengan tulang atau daging.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

  • 500g Ayam
Bahan untuk rempah tumis:
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
Bahan untuk dikisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
Bahan-bahan untik dipotong dadu besar:
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan ayam,kacau dan biar sebentar
  4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang"