Tuesday, 11 August 2015

RESEPI UDANG GORENG DAUN KARI

Bahan-bahan
● 750gm Udang Harimau (size sederhana/besar)
● 2 biji bawang besar – dihiris2 bulat
● 3 sudu besar bawang kisar
● 4 ulas bawang putih di tumbuk halus
● 1.5 cm halia segar di tumbuk halus
● 4 sudu besar cili kisar
● 2 tangkai daun kari
● 1/2 teh serbuk kunyit
● 1 batang serai yang dititik
● 1 kuib knorr ikan bilis
● Garam dan gula secukup rasa
● 2 sudu besar mentega
● Minyak masak untuk menumis
● 1 biji buah tomato dihiris2 sebagai ulam nya
● Sedikit daun kari, boleh di goreng ranggup untuk taburan
.
Cara memasaknya :
1. Panaskan kuali, letakkan mentega, biarkan ia cair, tuangkan minyak sedikit. Kemudian letakkan sebatang serai, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, biar aroma nya naik, letakan cili dan bawang kisar dan 1 kiub knorr ikan bilis, gaulkan hingga sebati.
.
2. Bila kuah mula mendidih masukkan udang dan daun kari. Gaulkan udangnya bersama kuahnya supaya resap dan sebati. Bila dah masak bolehlah diangkat.
.
Resepi Sambal's photo.

PES TOMYAM


PES TOMYAM

4 biji cili merah 

10 biji cili kering 
2 inci lengkuas 
4 batang serai 
2 sudu udang kering 
6 helai daun limau purut 
2 inci belacan (dibakar) 
air asam jawa, gula & garam 
.
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. 
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes. 
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.
.
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" 
Resepi Sambal's photo.